aku selalu menipu hati mengatakan aku gembira, aku selalu menipu diri mengatakan aku bahagia.
muka yang cantik, tolong lah senyum. aku tak mahu orang melihat engkau kusam tak ceria. aku tak mahu orang menegur 'engkau sakit ya' 'engkau ada masalah ya' tetapi tidak pun membawa aku ke klinik, tidak pun membawa aku duduk disebelah untuk menghuraikan masalah.
yang mereka tahu hanya mendengar masalah selepas itu bergosip sesama mereka. mencemuh jika tak tahu mana yang betul mana yang salah. tidak pun mendoakan agar aku dipermudahkan, tidak pun menghulurkan barang seposen dua untuk aku menghilang lapar.
tapi tak apa Allah s.w.t kan ada.
#cerpenaku
#realitikehidupan
#maafkanakujikaengkaumenghadapimasalahsebabakupunpunyamasalah